Total Pageviews

Saturday 27 August 2011

manusia dan agama bhg 1

dari segi istilah agama bererti percaya beragama membawa maksud mempunyai kepercayaan keyakinan atau pegangan terhadap sesuatu doktrin yang mempunyai peraturan serta undang undang tertentu berhubung konsep ketuhanan secara yang lebih khusus beragama bererti percaya bahawa adanya tuhan oleh itu kepercayaan yang tidak ada hubungan dengan ketuhanan seperti komunisme sosialisme liberalisme dan sebagainya tidak boleh dianggap agama kecenderungan manusia untuk beragama itu merupakan satu fitrah atau sifat semula jadi yang disebut ahli psikologi sebagai naluri (instinct) sebagai makhluk yang dikurniakan akal untuk berfikir dan memiliki jiwa untuk merasa sesuatu manusia sentiasa mencari tempat untuk berlindung manusia merasakan diri nya terlalu kerdil apabila mendapati tenaganya untuk menghadapi fenomena alam sangat terhad sesungguhpun mereka mempunyai akal yang sangat luas..namun masih terlalu banyak rahsia alam yang tidak dapat diselesaikan..menurut ahli arkeologi,sejak dari zaman batu purba lagi,manusia sudah mula mencari tuhan dalam menghadapi bencana alam seperti letupan gunung berapi,gempa bumi,banjir,kemarau dan sebagainya..mereka merasa sangat lemah untuk menentangnya..dengan cara berfikir,mudah mereka mengatakan sudah tentu ada kuasa lain yang lebih kuat dari manusia.kuasa itu sudah pasti bukanya datang dari manusia atau makhluk lain yang sama sepertinya..kuasa apakah itu???

No comments:

Post a Comment