Total Pageviews

Sunday 4 September 2011

bahagian2 manusia dan agama

dalam bentuk cara pemikiran yang terhad mereka mula mencari kuasa yang luar biasa itu dan berpendapat kuasa itu perlulah dihormati dan dimulia kan dengan itu lahirlah totemnisme iaitu penyembahan terhadap lambang-lambang tertentu yang diangap sebagai tuhan mereka mula merasa yakin bahawa benda -benda yang unik bentuknya itu boleh dijadikan tempat untuk mendapat perlindungi dan memohon pertolongan 
ada juga manusia menggangap matahari ,bulan,api,sungai dan seumpamanya sebagai tuhan ini semua membuktikan bagaimana mereka melihat alam ini dengan rasa kagum dan menakjubkan 

sebagai makhluk yang lemah dan tidak berdaya mereka sentiasa mencari tempat berlindungan diri adapula diantara mereka yang mencipta patung-patung tersendiri untuk disembah .patung patung tersebut menjadi lambang atau simbol kepada kuasa luar biasa yang mereka kagumi itu dengan kewujudan tamadun awal manusia di mesopotamia dan babylon manusia mula menpercayai adanya dewa-dewa yang mempunyai kuasa mengatasi manusia dengan itu muncul lah pelbagai bentuk dewa tersendiri untuk dijadikan objek sembahan mereka manusia sudah ada tempat mencari perlindungan dan pertolongan semuanya berasaskan keprcayaan  tentang adanya tuhan yang lebih berkuasa dari manusia tuhan-tuhan tersebut perlu disembah dengan ritual tersendiri

No comments:

Post a Comment