Total Pageviews

Wednesday 7 September 2011

bahaya islamophiobia

dunia pada hari ini penuh dengan konflik peperangan perpecahan dan penyakit dan antara bahaya yang sedang berlaku di seluruh dunia saban hari yang paling merbahaya adalah penyakit ini kerana penyakit boleh membunuh satu populasi manusia dari segi fizikal dan mental tetapi penyakit yang paling merbahaya bukan lah S.A.R.S,selesema burung, aids mahupun hiv tetapi ada juga penyakit yang merbahaya yang boleh mencetus huru hara  dan ianya meresap melalui minda dan membuatkan manusia tenggelam dalam kesesatan penyakit yang dimaksudkan adalah islamophobia

islamophobia adalah penyakit atau wabak yang sedang menyerang sesetengah orang bukan islam di seluruh dunia ini secara terang terangan atau pun secara halus 
islamophobia bermaksud sikap prejudis kebencian dan ketakutan terhadap agama islam dan umatnya
manakala perkataan islamophobia ini mula digunakan senjak akhir tahun 1980 an tetapi telah digunakan secara meluas selepas tragedi 11september2001 di amerika syarikat bagi tujuan menuduh atau memomokan semangat jihad dan agama islam sendiri menghalal kan peperangan dan pembunuhan sesuka hati dengan cara keganasan demi mencapai matlamat nya iaitu menakluk dunia 

tetapi umat islam yang berpegang kepada al-quran dan hadis rasullulah menolak sama sekali idea dan tangggapan para orientalis dan pemimpin dari barat yang sesat ini kerana dalam ajaran islam menyatakan manusia lah yang memusnahkan dunia ini dengan tindakan mereka sendiri 

tetapi kerana penipuan dan pembohongan oleh pemimpin-pemimpin barat yang taghut mereka dengan sewenang wenangnya melabel islam sebagai penyebar keganasan di dunia ini
diantara tindakan tindakan yang disebabkan olah islamophobia adalah keganasan terhadap orang-orang islam dari segi fizikal seperti penderaan pembunuhan atau pembersihan etnik seperti yang berlaku di bosnia herzegovina demi menghapus kan populasi umat islam disana
dari segi mental pula umat islam dipaksa untuk menerima cara pemikiran barat yang hanya bertujuan untuk menghilangkan nilai-nilai islam demi menyekat usaha penyebaran dakwah islamiah .harta benda orang islam juga menjadi sasaran keganasan islamophobia contohnya serangan keatas masjid rumah dan madrasah yang kerap dilakukan oleh golongan islamophobia ini
kebanyakan pemimpin-pemimpin barat menyalahkan jihad yang menjadi tujuan perjuangan rata-rata umat islam di dunia ini  sebagai penyebab berlakunya banyak keganasan di dunia ini mereka yang cetek pengetahuannya tentang islam ini dengan mudah menyatakan bahawa jihad menyuruh umat islam untuk melancarkan perang dan membunuh semua orang bukan islam dengan apa cara sekali pun demi mendominasi dunia
tetapi tangapan ini adalah 100% salah dan tidak benar kerana maksud jihad menurut islam ialah mengeluarkan segala kesanggupan pada jalan yang diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah diiktikad oleh manusia bahawa jalan itu lah yang hak dan benar namun perkataan al jihad itu sering digunakan untuk makna perang sabil seumpama memerangi musuh-musuh demi membela diri dari serangan dan gangguan mereka

tetapi jihad itu tidak lah tertakluk pada berperang sahaja tetapi jihad juga bermakna memerangi hawa nafsu ,disini semua umat islam diwajibkan untuk melaksanakan jihad akbar iaitu memerangi hawa nafsu
pengertian ini berdasar kan hadis nabi s.a.w~
kita sekarang kembali dari jihad asghar(jihad kecil)yakni kembali dari medan perang badar/uhud kepada jihad akbar(jihad besar)iaitu jihad memerangi hawa nafsu

jadi kesimpulannya jihad tidak hanya tertakluk dimedan perang sahaja tetapi jihad untuk melawan nafsu juga penting kerana nafsu adalah musuh yang paling hebat darimana-mana musuh yang ada diluar sana.jadi para pemikir baratyang menyalah kan jihad sebagai punca keganasan dunia hanya sekadar satu pembohongan sahaja

untuk mempertahan kan bahawa islam tidak pernah menyuruh umatnya supaya membuat kacau bilau. ini ada stau dalil dari al quran surah al imraan ayat 159 yang bermaksud OLEH ITU MAAFKANLAH MEREKA MENGENAI KESALAHAN  YANG MEREKA  LAKUKAN TERHADAPMU DAN POHON KAN LAH AMPUN BAGI MEREKA DAN JUGA BERMESYUARATLAH DENGAN MEREKA DALAM URUSAN PEPERANGAN DAN HAL-HAL KEDUNIAAN ITU

ini bermakna semua umat islam diseluruh dunia disarankan supaya menyokong kepada perpaduan dan kedamaian sesama insan tak kira apa pun latar berlakang  agama atau bangsa  dan islam itu sendiri membawa maksud kedaimaian jadi ini membuktikan pada dunia bahawa manyalah kan agama atau puak sebagai extremist atau penyokong keganasan ada lah salah sama sekali jadi orang bukan beragama islam jangan lah mudah terpedaya dengan penbohongan pembohongan oleh mereka yang islamophobia kerana mereka ini hanya bertujuan untuk menyesatkan orang ramai dan melaga-lagakan orang
bak kata perpatah inggeris DONT JUDGE A BOOK BY ITS COVERS

HIDUP TANPA PREJUDIS SOKONGLAH KEDAMAIAN HENTIKAN ISLAMOPHOBIA
SEKIAN

No comments:

Post a Comment